Road To Bali: Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bali | Blog @thesharkox

Road To Bali: Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bali




Yeahh, akhirnya aku sampai jugek ke Bali..
Alhamdulillah, penerbangan Air Asia AK 366 sampai ke Bali pada jam 9malam waktu buah bali
Penerbangan selama 2 jam setengah yang berlepas lewat 20 minit dari jadual asal
Serious sheet, sangatlah membosankan! 
Dah la kabin crew 2 orang laki..lagilah bosan

Ni aku kat hotel
Hotel Green Garden
Hotel ni aku ingatkan besar, kecik ajer, 
Tapi decoration dia menarik, memang sungguh authentic!
Ada banyak patung2 perempuan bogel
Sungguh, aku tak tipu ni..betul

Tapi aku tak sempat snap dengan patung bogel tu
Takpe, banyak hari lagi boleh snap
Har har har

Dah, tak guna taip panjang2
Mari, tengok beberapa pic yang sempat aku snap dan upload ke sini hari ini..
Day 1
Road To Bali: Pertama kali menjejakkan kaki di tanah Bali


1) Tak boleh berlepas hari ini!
Dari Kiri: Prof. Fadzilah, Puan Azah, TheSharkox
Ok, Prof. Fadzilah tak boleh berlepas hari ini pasal dia punya passport lagi 6 bulan expired. Mengikut undang2 rimba, kalau lagi 6 bulan passport nak expired, tak boleh keluar negara, melainkan dia renew dulu. Dia serious sheet tak ingat nak renew sebelum ni. Dia dok bajet lambat lagi. Tadi nak check in pukul 4, officer tu kata tak boleh. So, dia akan ke Bali naik flight esok petang. So, melepaslah dia conference hari pertama.

Still boleh naik flight esok ke Bali, tapi kena bayar denda, RM90 !!

So, kalau korang rasa nak ke obersea pasni, check la dulu bila passport tu mampus. kalau tak, menangis la.

2) Ringgit >> Rupiah
Dr. Shahrul berposing..
Aku memang bengong bab ni. 4 botol air mineral bersamaan dengan 14000 rupiah. Aku bawak RM500.50 ajer, tukar ke rupiah jadi 1.3jutaRupiah. Kalau perkataan rupiah tu aku ganti dengan Ringgit Malaysia, aku dah kaya, dah boleh kawen..harharhar

So, sebotol air mineral berapa hengget? entah..

p/s: Gmbar takde kena mengena dengan title..harharhar

3) Kena marah

Masa check passport kat pintu masuk kastam Indonesia, aku cuba la nak ambil gambar suasana kat situ. Lepas tu officer kat situ dengan poyo sound aku

"Pak, enggak bisa ambil gambar ya...Liat ada notis di sana enggak bagi bapak ambil gambar"

Dah la marah2 aku, lepas tu panggil aku bapak pulak..Jadi sebagai ganti, aku letak la gambar siapa ke entah mamat ni kat pintu masuk sebelum kena check passport tu...

Ah, poyo la pak kastam tu

4) Kastam Indonesia Hanjeng
Sedapnya bau serunding-Hanjeng Kastam-
Eh, silap. Anjing Kastam Indonesia..harhar..Ni jadi masa kat kastam Airpot Bali. Depa guna anjing untuk kesan dadah..Bapak ah, seram aku. anjing tu dah la besor macam bapak babi..Lepas tu pergi hidu2 pulak beg2 orang..entah berapa kali dia nak hidu tah..Kami bawak serunding, nasib baik dia tak kata serunding tu dadah...kalau tak, tak tahulah.harhar. Dah la susah nak cari makanan halal kat sini.

Lepas tu ada awek orang Malaysia, cakap, eh, takutnye anjing ni, kang kene samak pulak..Hoi, kena samak ke beg yang hanjeng tu hidu???

5) Bali ini 24 jam hidup

Ok, ini bukan aku yang kata. Pakcik yang bawak teksi tu yang kata. Nama dia Eka, Melayu ke Jawa ke aku tak tau, tapi agama dia Hindu. So, orang Melayu di Bali majoritinya adalah Hindu. Itulah pasal aku cakap nak cari makan kat Bali ni susah. Makan megi dari Malaysia ajer lah nampaknyer..har har har

Teksi kat Bali ni guna kereta Chevrolet, rupa macam Vios sikit.Tapi yang pasti, aku penat sekarang ni

p/s: Esok present CIMSim2010 pukul 1.20tghari waktu buah bali

a3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...